.: Mutiara Kata :.

.: Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain :.

Sunday, February 6, 2011

Kem Pengakap Kelana Siswa PJB 02 - 04 Februari 2011


NAMA PROGRAM : PERKHEMAHAN PENGAKAP KELANA SISWA PJB
TEMPAT : TELOK GOREK , MERSING
TARIKH : 2 HINGGA 4 FEBRUARI 2011
CONSULTANT: F.R.I.E.N.D.S consultant Training ( FCT )



Alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan sekalian Alam...dia yang menciptakan kita dari segumpal darah yang tidak mempunyai apa-apa daya dan kuasa.

Berkat dalam kasih sayang Tuhan... Alhamdulillah... Program Kem Pengakap Kelana Siswa Politeknik Johor Bahru di bawah kelolaan  FRIENDS CONSULTANT TRAINING  (FCT) bertempat di Telok Gorek Chalet & Camp Site pada 02 - 04 FEBRUARI 2011 telah selesai tepat jam 2.00 petang. Seramai 30 peserta dari pelbagai peringkat umur telah mengambil bahagian di dalam kem ini. Program ini di uruskan oleh 4 orang fasilitator daripada FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT) dengan penuh jayanya. Pelbagai gelagat telah dirakam oleh lensa kamera FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT). Program ini sepenuhnya dijalankan dengan menggunakan kaedah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) supaya lebih mendekati para peserta secara langsung berlaku perhubungan 2 hala diantara fasilitator dengan peserta.

Acara kemuncaknya adalah pada hari rabu malam khamis iaitu sesi Modul Burung Hantu yang dilakukan pada jam 11.30 malam. Modul ini dilaksanakan oleh fasilitator FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT) yang berpengalaman luas dalam bidang aktiviti “Outdoor”. Pengalaman selama 1 jam berseorangan memberi impak yang sangat besar kepada para peserta.

Pada hari terakhir Kem, peserta di bawa merentasi desa di sekitar Perkampungan Telok Gorek. Peserta didedahkan dengan konsep flora & fauna yang amat mempersonakan. Program ini diakhiri dengan sesi majlis penyampain cenderahati kepada setiap kumpulan dan sesi fotografi bersama. Rata-rata peserta sangat teruja dengan Program Kem Pengakap Kelana Siswa ini kerana kebanyakan mereka jarang mengikuti mana-mana program seperti sebegini. Mari kita lihat beberapa gelagat peserta dan fasilitator yang telah sempat lensa FCT rakamkan.



Ice Breaking 

 

Latihan Dalam Kumpulan






Malam Burung Hantu



Merentas Desa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...