.: Mutiara Kata :.

.: Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain :.

Wednesday, March 23, 2011

Kem Kepimpinan PRS, PJB (25 -27 Mac 2011)


Assalammualaikum untuk semua... Pihak FCT akan mengendalikan Kem Kepimpinan Pembimbing Rakan Sisawa (PRS) PJB pada 25 – 27 Mac 2011 bertempat di Teluk Gorek Chalet & Camp Site. Peserta program Kem Kepimpinan PRS ini keseluruhannya terdiri daripada Majlis Tertinggi & Ahli PRS PJB. Penyertaan peserta pada kem kali ini seramai 40 peserta, sepanjang 3 hari 2 malam peserta akan didedahkan dengan pengisian yang ceria dan berprinsip falsafah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Team Building dan lain-lain lagi. Semoga program minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehendakNyaanda dan semoga kita semua sentiasa lingkungan kasih sayang Tuhan. Amin.

  • Makanan, penginapan yang selesa, kit peserta program disediakan.
  • Sistem penyampain & pendekatan ceria penuh dengan pengisian berpandukan modul.
  • Kami menjanjikan sesuautu kelainan dalam program yang di jalankan.
  • Pasukan kerja yang komited tinggi.

Wednesday, March 2, 2011

Program Kelolaan FCT keluar di Surat Khabar


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM... Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kita sentiasa berada didalam redha dan kasih sayang tuhan...Alhamdulillah... terima kasih Tuhan... dapat lagi kita hidup dalam dunia sebagai hambaNya. 

FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT) telah berjaya mencipta sejarah pertama di tahun 2011 yang penuh dengan seribu satu cabaran... Alhamdulillah... FRIENDS CONSULTANT TRAINING  (FCT)  pada tahun ini semakin mengorak langkah maju setapak kehadapan kerana Program Pengakap Kelana Siswa dibawah kelolaan FCT pada 02 - 04 FEBRUARI 2011 telah berjaya diselitkan didalam ruangan suratkhabar. Terima kasih kami ucapkan kepada semua PRESS kerana sudi memasukkan Program kelolaan FCT ini ke dalam ruangan mereka. Perkara yang lebih mengejutkan pihak FCT ialah Program kelolaan FCT ini keluar di tiga surat khabar yang berbeza iaitu “Harian Metro” , “Berita Harian” dan “Sinar Harian”. Insyaallah... mungkin di masa akan datang jika diizinkan tuhan... pihak FCT akan cuba menempatkan diri didalam “UTUSAN MALAYSIA”.


Berikut adalah keratan akhbar yang telah sempat kami scan untuk menjadi tatapan para semua pembaca :


SUMBER: BERITA HARIAN
TARIKH: 28 FEBRUARI 2011
HARI ; ISNIN


SUMBER : HARIAN METRO
TARIKH: 25 FEBRUARI 2011
HARI: JUMAAT


SUMBER : SINAR HARIAN
TARIKH : 28 FEBRUARI 2011
HARI : ISNIN

Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu kami dimasa akan datang dalam mengorak langkah untuk maju kehadapan, membantu mana-mana masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi akademik,sahsiah diri dan lain-lain.


Pihak FCT juga mengucapkan selamat belajar,dan selamat maju jaya kepada para peserta Program Kem Pengakap Kelana Siswa dan diharapkan segala input yang diterima ia dapat membantu mereka dalam menjayakan cita-cita setiap peserta. 


Akhir kata dari pihak FCT salam perjuangan, salam kasih sayang, salam maju jaya dari kami FCT untuk semua...

Sunday, February 6, 2011

Kem Pengakap Kelana Siswa PJB 02 - 04 Februari 2011


NAMA PROGRAM : PERKHEMAHAN PENGAKAP KELANA SISWA PJB
TEMPAT : TELOK GOREK , MERSING
TARIKH : 2 HINGGA 4 FEBRUARI 2011
CONSULTANT: F.R.I.E.N.D.S consultant Training ( FCT )



Alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan sekalian Alam...dia yang menciptakan kita dari segumpal darah yang tidak mempunyai apa-apa daya dan kuasa.

Berkat dalam kasih sayang Tuhan... Alhamdulillah... Program Kem Pengakap Kelana Siswa Politeknik Johor Bahru di bawah kelolaan  FRIENDS CONSULTANT TRAINING  (FCT) bertempat di Telok Gorek Chalet & Camp Site pada 02 - 04 FEBRUARI 2011 telah selesai tepat jam 2.00 petang. Seramai 30 peserta dari pelbagai peringkat umur telah mengambil bahagian di dalam kem ini. Program ini di uruskan oleh 4 orang fasilitator daripada FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT) dengan penuh jayanya. Pelbagai gelagat telah dirakam oleh lensa kamera FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT). Program ini sepenuhnya dijalankan dengan menggunakan kaedah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) supaya lebih mendekati para peserta secara langsung berlaku perhubungan 2 hala diantara fasilitator dengan peserta.

Acara kemuncaknya adalah pada hari rabu malam khamis iaitu sesi Modul Burung Hantu yang dilakukan pada jam 11.30 malam. Modul ini dilaksanakan oleh fasilitator FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT) yang berpengalaman luas dalam bidang aktiviti “Outdoor”. Pengalaman selama 1 jam berseorangan memberi impak yang sangat besar kepada para peserta.

Pada hari terakhir Kem, peserta di bawa merentasi desa di sekitar Perkampungan Telok Gorek. Peserta didedahkan dengan konsep flora & fauna yang amat mempersonakan. Program ini diakhiri dengan sesi majlis penyampain cenderahati kepada setiap kumpulan dan sesi fotografi bersama. Rata-rata peserta sangat teruja dengan Program Kem Pengakap Kelana Siswa ini kerana kebanyakan mereka jarang mengikuti mana-mana program seperti sebegini. Mari kita lihat beberapa gelagat peserta dan fasilitator yang telah sempat lensa FCT rakamkan.



Ice Breaking 

 

Latihan Dalam Kumpulan






Malam Burung Hantu



Merentas Desa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...