.: Mutiara Kata :.

.: Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain :.

Jurulatih



MOHAMAD FAIZ BIN MOHD PANDI

PENGARAH URUSAN  


Encik Mohamad Faiz merupakan seorang yang pakar dalam bidang kepimpinan dan pembinaan insan, team building “in & outdoor‟, motivasi pelajar, “summer camp”, menyingkap potensi diri, dan sebagainya.

Mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Johor Bahru, Johor dari tahun 1995- 2000. Selepas itu,m beliau menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA dari tahun 2001-2005. Setelah itu, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Politeknik Primier Johor Bahru dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dari tahun 2007-2009.

Semasa menuntut di politeknik, beliau telah banyak melibatkan diri dalam pelbagai kelab yang terdapat di politeknik iaitu salahsatunya Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) . Beliau telah menjadi ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) bermula daripada bawah iaitu ahli biasa dan akhirnya memegang jawatan tertinggi dalam organisasi iaitu Koordiantor dan Pengerusi. Oleh itu, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya. Beliau juga berpeluang menjadi fasilitator dan ahli jawatankuasa pelaksana bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa Politeknik. Antara program yang sering dianjurkan ialah Kem Kepimpinan ahli baru PRS, Kursus Sofskills, Kursus Penulisan Kertas Kerja, Kursus Asas Fasilitator, “Summer Camp”, Malam Penghargaan PRS, dan lain-lain lagi. Beliau juga telah diberi penghargaan sebagai Tokoh PRS pada tahun 2009 kerana khidmat bakti yang telah dicurahkan selama 3 tahun bersama PRS di Politeknik Premier Johor Bahru. 

Pada penghujung tahun 2010, beliau bersama beberapa rakan beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat  Friends Consultant Training. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan di Friends Consultant Training (FCT). 



JUNAIDAH BT BASIR

EKSEKUTIF PENGURUSAN PENTADBIRAN & OPERASI  

Cik Junaidah merupakan seorang yang pakar dalam bidang kepimpinan dan pembinaan insan, team building “in & outdoor‟, motivasi pelajar, “summer camp”, menyingkap potensi diri, dan lain-lain lagi.

Mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs dari tahun 1996-1999. Selepas itu beliau menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1) dari tahun 2000-2001 kerana keluarga beliau berpindah ke negeri Johor. Menyambung pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Kluang dari tahun 2002-2006. Setelah itu, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Politeknik Primier Johor Bahru dalam bidang Rekabentuk Industri dari tahun 2007-2010.

Semasa menuntut di politeknik, beliau telah menjadi ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Oleh itu, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya. Beliau juga berpeluang menjadi fasilitator dan ahli jawatankuasa (AJK)  bagi kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Siswa Politeknik. Antara program yang sering dianjurkan ialah Kem Kepimpinan ahli baru PRS, Kursus Sofskills, Kursus Penulisan Kertas Kerja, Kursus Asas Fasilitator, “Summer Camp”, Malam Penghargaan PRS, dan lain-lain lagi. 

Pada penghujung tahun 2010, beliau bersama beberapa rakan beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat Consultant Training. Beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Pentadbira di Friends Consultant Training (FCT).  



MUHAMAD FAID BIN AZMAN

EKSEKUTIF PERAKAUNAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)  

Nama yang dianugerahkan ialah Encik Muhamad Faid Bin Azman. Beliau dilahirkan pada tahun 1988 di Johor Bahru, Johor. Encik Muhamad Faid Bin Azman adalah berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Politeknik Johor Bahru merupakan seorang yang pakar dalam mengendalikan Latihan dan Kursus “ In and Outdoor “, Kefasilitatoran dan Kejurulatihan,  Kepimpinan, “ Team Building ”, Pengurusan Organisasi dan “ Summer Camp ”.

Beliau mendapatkan pendidikan awalnya pada tahun 1995 di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya sehingga tahun 2000, selepas itu pada tahun 2001 beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya sehingga tahun 2005. Pada awal tahun 2007 beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Johor Bahru dalam Bidang Kejuruteraan Elektronik dan menamatkan pengajian pada penghujung tahun 2009.

Ketika sedang menuntut di Politeknik Johor Bahru,  beliau banyak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Persatuan dan Kokurikulum. Diantaranya adalah Persatuan Pengakap Kelana Siswa dan Persatuan Pembimbing Rakan Siswa. Bermula pada tahun 2007, beliau telah mula menonjolkan bakatnya dalam kepimpinan apabila mula diberi kepercayaan untuk menerajui Pasukan Pengakap Kelana Siswa sebagai Pengerusi. Didalam Kelab Pembimbing Rakan Siswa beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat  Timbalan Pengerusi pada tahun 2008 dan 2009. Sepanjang menununtut di Politeknik Johor Bahru, beliau banyak melibatkan pelbagai program yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Kelana serta Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya. Tiga tahun menuntut di PJB, pelbagai aktiviti kursus yang pernah beliau terbabit sebagai Fasilittor dan AJK Pelaksana dan di antaranya adalah Kem Kepimpinan PRS, Kursus VAK, Kursus Sofskills, Kursus Fasilitator dan Kejurulatihan dan pernah menjadi wakil pasukan Pengakap Kelana ke peringkat Jambori Antarabangsa.

Pengalaman bergiat aktif  selama 3 tahun bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa dan Persatuan Pengakap Kelana Siswa, pada penghujung tahun 2010  beliau bersama beberapa rakan beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat  Friends Consultant Training. Beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Perakaunan dan Teknologi Maklumat Friends Consultant Training (FCT).  




MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON
EKSEKUTIF PERHUBUNGAN & PEMASARAN PERNIAGAAN



Nama yang diberikan ialah Encik Mohd Fairullah Bin Muhamadon. Beliau dilahirkan pada tahun 1979 di Kota Tinggi, Johor. Anak kedua dari sepuluh orang adik-beradik ini adalah berkelulusan bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan di Open University Malaysia dan merupakan seorang yang pakar dalam mengendalikan Latihan dan Kursus “ In and Outdoor “, Kefasilitatoran dan Kejurulatihan,  Kepimpinan, “ Team Building ”, Pengurusan Organisasi, Bimbingan dan Kaunseling, Ceramah, Motivasi Pelajar dan “ Summer Camp ”.

 Mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia, Kota Tinggi Johor dari tahun 1986-1991. Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Datuk Pengerang, Kota Tinggi, Johor dari tahun 1991-1993. Beliau juga telah mendapat tawaran bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor pada tahun 1995-1996. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajarannya diperingkat Diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) serta Pendidikan dari tahun 1997-2000. Pada tahun 2005-2008 beliau telah meneruskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan di Open University Malaysia.  

Semasa zaman persekolahannya beliau telah dilatih dan dididik menjadi seorang pemimpin sehingga beliau telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengawas sekolah ketika beliau di sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah beliau telah dilantik menjadi seorang Ketua Pengawas dan Ketua Asrama (ASPURA) setelah pengalaman dan kebolehan kepimpinan beliau selama ini. Kerana penglibatannya yang aktif di peringkat persekolahan, beliau telah dinobatkan sebagai tokoh pelajar di peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.  Seterusnya, di peringkat universiti beliau telah terlibat secara aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua & Exco Asrama.

Pengalaman beliau sebelum ini adalah beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah iaitu Setiausaha Latihan Daerah Johor Bahru pada tahun 2003 sehingga 2005. Beliau juga, pernah menjawat sebagai Penasihat Pengakap Kelana Bahagian Pasir Gudang bermula tahun 2000 sehingga 2008. Kini beliau berkerjaya sebagai seorang Pensyarah di Politeknik Premier Johor Bahru, Johor sejak tahun 2000 sehingga kini. Di Politeknik Premier Johor Bahru, Pasir Gudang ini, beliau telah bergiat secara aktif bersama kepimpinan pelajar sehingga beliau telah menubuhkan sendiri pengakap di Politeknik Johor Bahru dan beliau telah menyandang jawatan sebagai Penasihat Pengakap Kelana Siswa Politeknik Johor Bahru bermula pada tahun 2008 sehingga kini. Beliau juga, telah terlibat secara langsung dalam Unit Kaunseling & Kerjaya di Politeknik Johor Bahru dan telah dilantik sebagai Penyelaras Kaunseling peringkat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bermula tahun 2000 sehingga sekarang. Beliau juga telah terlibat juga secara aktif dalam Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Johor Bahru dan seterusnya beliau dilantik sebagai Penasihat Kelab PRS bermula tahun 2004 sehingga 2009.

Pada penghujung tahun 2009, beliau bersama beberapa rakan beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat  Friends Consultant Training. Beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Bahagian Perhubungan & Pemasaran Perniagaan di Friends Consultant Training (FCT). 




MUHAMMAD SYUKRI BIN ZAKARIA
EKSEKUTIF INVENTORI, PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN




Nama yang diberikan ialah Encik Muhammad Syukri Bin Zakaria. Beliau dilahirkan pada tahun 1989 di Kluang, Johor. Anak kedua dari lima orang adik-beradik ini adalah berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Politeknik Johor Bahru dan merupakan seorang yang pakar dalam mengendalikan Latihan dan Kursus “ In and Outdoor “, Kefasilitatoran dan Kejurulatihan,  Kepimpinan, “ Team Building ”, Pengurusan Organisasi dan “ Summer Camp ”.

Beliau mendapatkan pendidikan awalnya pada tahun 1996 di Sekolah Kebangsaan Sri Lalang, Kluang sehingga tahun 2001 dan meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Kluang pada tahun 2002 hingga 2004. Selepas itu, pada tahun 2005 beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Lalang sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Teknik Kluang pada tahun yang sama sehingga tahun 2006. Pada pertengahan tahun berikutnya beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Johor Bahru dalam Bidang Kejuruteraan Elektronik dan menamatkan pengajian pada pertengahan 2010.

Ketika sedang menuntut di Politeknik Johor Bahru, beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti Kelab Pembimbing Rakan Siswa. Pada tahun 2009 beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Bendahari Kelab. Sepanjang tiga tahun menuntut di PJB, pelbagai aktiviti kursus yang pernah beliau terlibatt sebagai Fasilittor dan AJK Pelaksana dan di antaranya adalah Kem Kepimpinan PRS, Kursus VAK, Kursus Sofskills, Kursus Fasilitator dan Kejurulatihan.

Berbekalkan pengalaman beliau selama tiga tahun sepanjang pengajian di PJB, beliau telah mengambil keputusan untuk bersama-sama menjayakan dan memajukan syarikat  Friends Consultant Training bersama dengan rakan-rakan yang lain. Beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Bahagian  Inventori, Penyelidikan & Pembangunan (R&D).




SHAHRUL NIZAM BIN ABD RAHMAN

EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA & KESETIAUSAHAAN
Dilahirkan pada 30 Mei 1988 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dibesarkan dalam keluarga sederhana di kampung Sri Serdang, Tampoi, Johor Baru. Mula mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir dari tahun 1995 hingga 2000. Setelah tamat darjah enam di sekolah rendah tersebut beliau meneruskan pelajaran beliau di peringkat menengah dari tahun 2001 hingga 2005 di Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali dengan nama English College. Di peringkat sekolah menengah, beliau aktif dalam kegiatan ko-kurikulum antaranya memegang jawatan Naib Pengerusi Kadet Bomba Sekolah. Beliau juga aktif dalam Kelab Reka cipta sebagai setiausaha dan terlibat dengan Koperasi Sekolah. Setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, tahun seterusnya beliau meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi dengan mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal Bahan di Politeknik Premier Johor Bahru sehingga tahun 2009. Di Politeknik, beliau mula mendekatkan diri dengan dunia fasilitator dengan mengikuti Kursus Induksi Pembangunan Siswa ( KIPS ) di bawah anjuran Pembimbing Rakan Siswa (PRS) bersama Unit Kaunseling. Kursus itu menjadi titik awal penglibatan beliau dalam PRS memegang beberapa jawatan sebelum memegang jawatan sebagai Pengerusi PRS sesi Julai 2007 dan sesi Julai 2008. Beliau juga pernah mengikuti beberapa kursus kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam usaha memantapkan diri dalam dunia fasilitator. Dalam bidang fasilitator, beliau mula menjadi fasilitator pada semester dua untuk Kem Kepimpinan PRS sesi Julai 2007. Berbekalkan pengalaman dan pelajaran yang telah diperolehi beliau menjadi Ketua Fasilitator untuk kursus-kursus teras dalam PRS iaitu Kem Kepimpinan PRS, Kursus Softskill dan juga Kursus Asas Fasilitator. Setelah tamat pengajiannya, beliau bekerja sebagai Pembantu Teknikal di Epson selama setahun pengkhususan dalam “CAM Programming” sebelum meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi dengan mengambil Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dari tahun 2010 sehingga sekarang.


    Pada penghujung tahun 2010, beliau bersama beberapa rakan beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat Consultant Training. Beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Bahagian Sumber Manusia & Kesetiausahaan di Friends Consultant Training (FCT). 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...