.: Mutiara Kata :.

.: Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain :.

Wednesday, March 2, 2011

Program Kelolaan FCT keluar di Surat Khabar


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM... Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kita sentiasa berada didalam redha dan kasih sayang tuhan...Alhamdulillah... terima kasih Tuhan... dapat lagi kita hidup dalam dunia sebagai hambaNya. 

FRIENDS CONSULTANT TRAINING (FCT) telah berjaya mencipta sejarah pertama di tahun 2011 yang penuh dengan seribu satu cabaran... Alhamdulillah... FRIENDS CONSULTANT TRAINING  (FCT)  pada tahun ini semakin mengorak langkah maju setapak kehadapan kerana Program Pengakap Kelana Siswa dibawah kelolaan FCT pada 02 - 04 FEBRUARI 2011 telah berjaya diselitkan didalam ruangan suratkhabar. Terima kasih kami ucapkan kepada semua PRESS kerana sudi memasukkan Program kelolaan FCT ini ke dalam ruangan mereka. Perkara yang lebih mengejutkan pihak FCT ialah Program kelolaan FCT ini keluar di tiga surat khabar yang berbeza iaitu “Harian Metro” , “Berita Harian” dan “Sinar Harian”. Insyaallah... mungkin di masa akan datang jika diizinkan tuhan... pihak FCT akan cuba menempatkan diri didalam “UTUSAN MALAYSIA”.


Berikut adalah keratan akhbar yang telah sempat kami scan untuk menjadi tatapan para semua pembaca :


SUMBER: BERITA HARIAN
TARIKH: 28 FEBRUARI 2011
HARI ; ISNIN


SUMBER : HARIAN METRO
TARIKH: 25 FEBRUARI 2011
HARI: JUMAAT


SUMBER : SINAR HARIAN
TARIKH : 28 FEBRUARI 2011
HARI : ISNIN

Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu kami dimasa akan datang dalam mengorak langkah untuk maju kehadapan, membantu mana-mana masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi akademik,sahsiah diri dan lain-lain.


Pihak FCT juga mengucapkan selamat belajar,dan selamat maju jaya kepada para peserta Program Kem Pengakap Kelana Siswa dan diharapkan segala input yang diterima ia dapat membantu mereka dalam menjayakan cita-cita setiap peserta. 


Akhir kata dari pihak FCT salam perjuangan, salam kasih sayang, salam maju jaya dari kami FCT untuk semua...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...